Total Pageviews

Monday, January 31, 2011

13 aurat wanita....sekadar renungan

sekadar perkongsian info dan ilmu......
saya dapat anda pun dapat..amin

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dariSurah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur di zaman jahiliyah ….

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dariSurah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis RiwayatIbn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka -
Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii danIbn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

kredit to hamba Allah yang prihatin

cara mengesan lelaki itu teruna atau tidak

Berikut merupakan antara beberapa kaedah atau cara untuk mengesan lelaki itu masih mempunyai teruna atau tidak. Artikel ini ditulis setelah dikaji serta membuat carian, perbualan dan perbincangan diantara beberapa orang sahabat lelaki dan perempuan.

  1. Lelaki teruna membosankan apabila bercinta, gayanya agak "nerd". gemar berlagak untuk menarik pasangannya.
  2. Lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasangannya.
  3. Lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita.
  4. Lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya.
  5. Lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan.
  6. Lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja.
  7. Lelaki teruna terlalu sensitif, mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan.
  8. Lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik, lelaki teruna seperti "kena interview" apabila bercakap dan badannya kaku.
  9. Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik, mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan.
 Entri ini tidak sama sekali berniat untuk menjatuhkan kewibawaan lelaki. Lagi pun aku pun lelaki juga. Namun diakui bukan semua cara diatas dapat mengesan seseorang lelaki itu masih teruna atau tidak. Cuma sekadar berkongsi info dan maklumat yang baik berdasarkan carian, perbualan, kajian serta perbincangan. Ada penambahan? Komen la.

 

Sunday, January 30, 2011

air sembahyang dan penjelasannya..renungkan

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka,berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".
Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab- hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

bersyukurlah dan berkongsi2 Lah maklumat ni....
saya dapat kamu pun dapat :p

Saturday, January 29, 2011

7 FAKTA KENAPA GAMBAR LUCAH BOLEH MENYEBABKAN KEROSAKAN PADA OTAK

1. Pornografi memberi makan pada “keinginan mata” dan “keinginan nafsu” yang tidak pernah puas. Pornografi hanya akan membuat ‘penontonnya’ minta tambah, tambah, dan tambah lagi.
Dengan mudah, pornografi memperbudak orang lain akan nafsunya dan membuka pintu terhadap segala jenis kejahatan seperti kemarahan, penyiksaaan, kekerasan, kebohongan, iri hati, pemaksaan, dan keegoisan.
Kekuatan tersembunyi dibalik pornografi akan menunjukkan orang yang sudah terlibat berusaha menghentikan kebiasaannya. Tanpa bantuan, biasanya orang itu tidak berdaya untuk lepas.

2. Pornografi membuat cara berfikir seseorang menjadi penuh dengan seks semata.
seks akan menguasai alam mereka.
Gambar berbau seks akan melekat pada otak mereka, sehingga waktu seseorang memutuskan untuk berhenti melihat pornografi, gambar-gambar yang pernah dia lihat dimasa lalu akan bertahan sampai beberapa tahun bahkan selama-lamanya.

3. Pornografi menjadi promosi terhadap praktik seksual yang menyimpang. Contohnya, porno yang lebih progresif seperti homoseks,lesbian, pornografi kanak2, seks dengan haiwan, perkosaan, seks dengan kekerasan dan lain2.

4. Pornografi membuat seseorang untuk lebih suka melayani diri sendiri dibanding orang lain.
Masturbasi/onani adalah contohnya. nafsu pribadi yang ini membuat seseorang sukar menerima cinta yang sebenarnya dgn orang lain.

5. Dalam banyak kes, pornografi membuat seseorang kehilangan tumpuan serta tidak fokus dalam pekerjaan.

6. Pornografi dapat merosak hubungan seksual dengan pasangannya kerana akan membayangkan orang lain dalam hubungan seksual.
Nilai dan kemurnian seksual sesungguhnya menjadi rosak kerana imaginasi ini.

7. Melihat pornografi akan membuat seseorang suka berbohong.
Orang yang menyukai pornografi akan menyimpan kebiasaannya ini sebagai rahsia, dengan berbohong ia dapat menyembunyikan rasa malunya dan menghindari kritikan dari orang lain

so sahabat2 semua kurang2 kan la tgk benda tu ok atau jangan tgk langsung....KREDIT TO JIWANG

Friday, January 28, 2011

BERITA GEMPARRRR

salam...

lepas aku park ja kereta aku , aku pnya E71 pn mendendangkan lagu lucky(aku kena kol la tu) oleh housemate aku d ranau....dia bagitau aku berita yang paling gempak setakat ini...aku bakal kena transfer pegi jauh lagi dari sekolah sekarang ni yang memang sdah jauh...aku pun terkejut jgk sbb teda hal2 pun boleh kena pindah...

APA MACAM LA NASIB AKU NI......
BINGUNG SDAH DARI TADI PETANG LAGI
CUTI SATU MINGGU INI PUN MACAM TIADA MAKNA PLAK :(

bermuLa kisaH....

alhamdulillaH , syukur ke hadrat Allah taala kerna dengan izinNya aku dapat jgk create satu blog tuk aku coret , kongsi dan pamer kepada kamu semua...semoga post yg pertama ni akan berlanjutan sampai la aku nda mau post sdah.....

cuba lagi coretan akan datang..solat dulu yuk..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Cipta Terpelihara Muhazir(c)