Total Pageviews

Thursday, March 17, 2011

7 QaDaK dan QadaR Tuhan Yang KiTa Tak Boleh ubaH


Terima dirimu seadanya , seperti Tuhan menerimamu ,
Sememangnya dunia melihat rupa , Tetapi Tuhan melihat hatimu
Kita hendaklah menerima apa yang telah diberikan Tuhan
kerana itulah dia qadak dan qadar

01. Jenis kelamin
- Sesungguhnya manusia sekarang suka membuat operasi mengubah alat kelamin mereka , namun begitu mereka tidak boleh mengubah roh ( spirit ) mereka.Oleh itu terimalah dirimu tidak kira kamu lelaki atau perempuan.

02. Ibu baPa
- Tidak ada manusia yang boleh memilih ibu bapa yang mereka boleh memilihnya sendiri....Apalah orang tuamu itu kerani , pemabuk , pengemis waima pembunuh sekalipun , you must respect them!!!!!!!!!tidak kira baik atau buruk mereka tetap ibu bapa mu , yang membawamu ke alam ini....

03. Hari kelahiran
- Sudah ditetapkan oleh Tuhan sebelum dunia diciptakan...kelakar atau ajaib???tetapi memang benar...Jangan menyesal sekiranya engkau dilahirkan tapi dipersia-siakan oleh orang yang engkau kasihi kerana Tuhan telah merancang sesuatu untukmu...

04. Fizikal
- Seandainya engkau berambut kerinting , hidungmu tak mancung maka terimalah keadaan itu..Apakah kamu tidak melihat kepada orang yang mengubah bentuk hidungnya , bentuk wajahnya menjadi lebih buruk dan tidak asli...

05. Masa lampau
- Ingatlah bahawa ini juga telah ditentukan Allah , janganlah sekali-kali melihat ke belakang lagi..kerana jika kita berbuat demikian , ianya akan membuat kita terpaku dan tidak dapat berbuat apa-apa.Maka pandanglah ke hadapan baru ada kemajuan.

06. Kedudukan Dalam Keluarga
- Apakah kamu anak yang sulung , tengah atau bongsu?Bolehkah kamu mengubahnya?pasti jawapannya tidak bukan...so nikmatilah kehidupan anda itu...

07. Suku bangsa / keturunan
- Adakah anda menyesal menjadi bangsa yang sentiasa dihina atau dicerca?Adakah kamu mahu menjadi orang yang berketurunan dipandang mulia..Oleh itu , berusahalah atas apa yang anda usahakan dan janganlah khianat serta bantulah bangsamu sendiri agar dipandang tinggi dan mulia.

berpesan-pesan demi kebaikan umat sejagat

Wednesday, March 16, 2011

10 legenDa manchesTer uniTeD

Top 10 Manchester United Legends

Entry kali ini , aku nak kongsi la dengan korang suma aku punya top 10 legenda manchester United FootbaLL cLub...untuk memilih 10 pemain terbaik dari kalangan yang terbaik memang sukar ooo , iya la memandangkan man uTd mmg kelab yang hebaT so kompom la player2 yang main di man uTd ni mesti yang terbaiK dr ladang kan....so msti ada yang tidak bersetuju dengan aku punya top 10 ni , iya lah ada jgk nama pemain feberet korang out of my list......jadi kita tgk la aku punya top 10 uniTeD legenD....


10. Dennis Irwin ( 1990 - 2002 ) Irwin telah menyarung jersi red devils sebanyak 529 penampilan dalam tempoh 12 tahun.beliau merupakan seorang yang berdedikasi terhadap kelab dan merupakan seorang pertahanan yang mantap.Beliau yang gemar membuat overlapping ini adalah pakar dalam set piece sebelum hadirnya david beckham dan cristianO ronaldo.

09. Cristiano ronaLdo ( 2003 - 2009 ) Pemain yang mempunyai tipu helah yang tinggi ini menggunakan kepantasannya untuk menewaskan lawan.walaupun menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri pada awal kariernya di man utD , beliau akhirnya muncul sebagai antara pemain terbaik dunia pada era ini.Bersama united beliau telah menjaringkan 118 gol daripada 292 perlawanan bersama The red deviL.Seorang lagi pakar set piece yang pernah dimiliki Man UtD.

08.Peter Schmeichel ( 1991 - 1999 )..Penjaga gol yang diberikan gelaran The Great Dane ini adalah PART yang terpenting ketika man uTd mendominasi liga Inggeris pada 1990 an.Beliau ibarat komander yang tangkas ketika mengawasi kubu pertahanan man utd bahkan beliau hampir tidak dapat ditembusi apabila berhadapan dengan penyerang lawan dalam situasi satu lawan satu.beliau mengakhiri kerjaya gemilangnya bersama uniTed dengan gah sekali ketika musim Treble.

07.Eric Cantona ( 1992 - 1997 ) King Eric hanya bermain untuk the reD Devils selama 5 tahun dan bersara pada usia 31 tahun.Namun beliau meninggalkan kesan yang amat besar kepada kelab tersohor ini.The KING ini telah terpilih sebagai terbaik terbaik abad ini pada tahun 2001.Walaupun setelah 13 tahun beliau menggantung butnya , penyokong the red devils masih lagi melaungkan namanya di old trafford.

06.PauL ScHoles ( 1994 - kini ) Scholes merupakan pemain midField yang lengkap pernah dimiliki oleh man uTd.beliau mempunyai skil yang tinggi , rembatan yang deras serta penyudah yang tajam.Malahan beliau juga sangat dikagumi oleh ZinidiNe Zidane , Xabi Alonso dan Xavi.dia telah membuat penampilan sebanyak lebih daripada 600 kali untuk uniTed dan berada di tangga keempat dalam senarai penampilan yang paling banyak untu kelab.Walaupun telah menjangkau usia 36 tahun , beliau masih mampu beraksi dengan baik untuk kelab.

05. Dennis Law ( 1962 - 1973 ) Law merupakan pemegang pelbagai rekod di Man uTd...beliau ialah penjaring kedua terbanyak sepanjang zaman untuk United , beliau juga telah menjaring 46 gol dalam semusim dan beliau merupakan satu-satunya Scottish yang memenangi pemain terbaik Eropah.Beliau juga masih memegang rekod sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk ScotlanD.

04.Sir BobbY Charlton ( 1956 - 1973 ) Charlton merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk the red deviL sebanyak 259 gol.kelibat beliau ketika perlawanan akhir piala eropah pada tahun 1968 telah membantu man utd memenanginya buat kali pertama.Beliau juga pernah dinobatkan sebagai pemain terbaik eropah.Pemain yang tangkas dan mantap serta mempunyai tendangan yang deras bak peluru.

03.Roy Keane ( 1993 - 2005 ) Pemain yang konroversi dan panas baran tetapi merupakan kapten yang diperlukan dalam mana-mana pasukan.Di luar dan di dalam padang , beliau tidak meminta apa2 dari rakan sepasukannya melainkan semangat serta keazaman untuk memenangi perlawanan.Saat terbaiknya bersama Man Utd adalah ketika separuh akhir liga juara-juara ketika menentang Juventus di Turin , meskipun ketinggalan 2-0 , beliau telah memimpin man utd kembali bersaing bahkan menjaringkan satu gol dalam perlawanan tersebut , biarpun beliau terpaksa mendapat kad kuning kedua yang mengenepikan beliau untuk beraksi di perlawanan akhir sekiranya mereka berjaya.

02.George Best ( 1963 - 1974) Pele pernah mengatakan Best merupakan pemain terbaik dunia yang pernah ada.Sememangnya tidak dinafikan lagi kehebatan pemain yang berasal dari Ireland utara ini.Best juga merupakan pemain bola sepak pertama yang digelar sebagai simbol seks dan dengan mudahnya menjadi pemain terbaik pada generasinya.Beliau juga telah menjaringkan gol ketika kemenangan pertama united pada final liga juara 1968 dan pada tahun itu juga beliau telah dipilih sebagai pemain terbaik Eropah.

01.Ryan Giggs ( 1991 - kini ) Giggs merupakan pemegang rekod penampilan yang paling banyak untuk The Red devils , beliau telah memenangi kesemua piala yang diperlukan oleh setiap pemain kecuali world cup dan piala eropah.Beliau telah berumur 37 tahun namun seprti tidak akan berhenti pada angka tersebut.Beliau juga merupakan satu-satu pemain yang sentiasa menjaringkan gol pada setiap musim Liga perdana.Pada usia 37 tahun , beliau telah bertukar dari pemain sayap yang lincah kepada playmaker dan beliau masih melakukannya dengan mudah.Seorang legenda hiduP , seorang profesional yang hebat dan tidak pernah kelihatan beliau menyumpah seranah di muka pengadil dan berpeleseran di kelab malam sebelum perlawanan.sememangnya seorang profesional yang hebat dan LEGENDA HIDUP.


GLORY GLORY MAN UNITED..............

Sunday, March 13, 2011

KelebiHan menyebuT BismiLLaH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud:"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."

Kelebihan - kelebihan Bismillah :

  1. Perkataan Bismillah adalah yang pertama ditulis dalam Kalam Allah maka apabila kita hendak menulis sesuatu tulislah atau mulakanlah dengan perkataan Bismillah pada awal kalimah kerana Bismillah ditulis atau tertulis dalam setiap wahyu Allah yang disampaikan oleh malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad.
  2. "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)
  3. Tatkala Bismillah diturunkan ke dunia , maka semua awan berlari ke arah barat , angin terdiam , laut bergelora , mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
  4. Demi Allah dan keagunganNya tidaklah Bismillah itu dibacakan pada orang yang sakit melainkan menjadi ubatnya dan tidaklah dibacakan Bismillah di atas sesuatu melainkan Allah S.W.T memberikan berkat ke atasnya.
  5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid , maka bacalah Bismillah setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik dan bermanfaat.
  6. Jika diperhatikan , huruf Bismillah berjumlah 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19.Ibnu Mas'ud berkata " Sesiapa yang ingin Allah selamatkan daripada 19 malaikat penjaga neraka maka bacalah Bismillah 19 kali sehari..
  7. Setiap huruf Bismillah ada JUNNAH ( penjaga / khadam ) hinggakan setiao huruf berkata "Siapa yang membaca Bismillah maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya".
  8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan Bismillah nescaya Allah akan mengangkat namanua di syurga yang sangat tinngi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.
  9. Barangsiapa yang membaca Bismillah maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
  10. Barangsiapa yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur , maka akan terpelihara dari gangguan syaitan , kecurian dan kebakaran , maut mendadak serta bala.
  11. Barangsiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim , hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang
mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada"

Friday, February 25, 2011

7 gosip cara lelaki

GOSIP????asal sebut saja pasal gosip pasti wanita yang akan dikaitkan dengan perkataan ni..biasa la kalau persepsi umum selalu mengatakan apabila aweks - aweks atau cewek-cewek sudah berkumpul ramai2 mesti ada saja cerita yang di kongsi bersama termasuklah bab2 yang boleh dikategorikan sebagai mengumpat...
Tapi itu dulu der , sekarang ni lelaki pun tidak ketinggalan juga dilabel si mulut jahat tau...iya la lelaki pun suka juga bercakap pasal orang lain , kadang2 sampai tahap mengata pun ada ( betul kan :p )..tapi cara dan pendekatan bergosip tu berbeza la juga berbanding dengan cewek-cewek ni...tp gosip tetap gosip malah kalau lelaki ni lagi pedas dan menyakitkan hati kalau bergosip , besa la lelaki ni kadang2 macam bergurau tapi menusuk di hati juga kata-katanya tu ( macam berpengalaman saja )
so di bawah ni dikongsikan la 7 cara bergosip bagi lelaki , ini sekadar perkongsian saja tau..betul atau tidak sama2 la kita fikirkan....

7 gosip cara lelaki:
  1. Ini bagi yang suka tengok bola di kedai mamak , sambil-sambil tengok bola tu mesti ada la keluar gosip2 tu , paling2 pun pasal pemain bola juga la...kadang2 orang2 yang layan bola sama pun kena gosip juga...asal tengok orang sebelah mesti ada la slacknya tu...jadi juga gosip nya...kompom kena kutuk berabis mamat tu..kesian :(
  2. Bagi golongan pekerja pun ada juga skil gosipnya tau....ini pun kalau lelaki punya skil gosip mesti pasal keadaan tempat kerja atau pejabat...meja buruk la , kerusi reput la macam2 lagi...kadang bos pun kena tempiasnya tau...kesian si bos , kaw2 kena gosip...jangan ja putus lidah si bos.
  3. Bagi yang berkapel , lelaki selalu akan bercakap banyak perkara kepada awek nya tu..iya la kan,kalau sudah ada trust dengan cewek tu..semua benda mau cerita sama ceweknya...kalah2 ceweknya plak kalau lelaki ni bergosip..kadang2 kalau ceweknya bergosip atau mengadu dengan dia,boleh jadi juga gosip tu...
  4. Lelaki yang bergosip ni kadang2 sampai tercetus pergaduhan juga...apa tidaknya , cara lelaki ni kan kalau bergosip tu terlampau agresif dan kasar jadi akan menimbulkan rasa ketidakselesaan kepada orang lain atau pun orang di sekeliling...
  5. Lelaki yang bermulut jahat ni selalu dikaitkan dengan lelaki lembut( iya ka? )..Tapi tidak semua la lelaki macam tu yang mempunyai sifat mulut jahat atau laser ni..kadang2 lelaki kental pun lagi laser mulut dari golongan lelaki lembut...
  6. Kalau pekerja boleh bergosip , bos2 pun apa kurangnya...malahan golongan atasan ini pun boleh dilabelkan kuat bergosip...selalunya bahan gosip bos-bos ni mesti la pasal pesaing syarikat dan juga pekerja-pekerja juga..
  7. Ini pula kalau sudah beliau-beliau punya gosip , kalau sudah berkumpul di kedai kopi tu mesti bab-bab politik la yang akan jadi isunya tu..selain bab-bab politik , hal ehwal anak-anak la , keadaan hidup sekarang dan kadang2 mau fikir pula tambah cawangan( miang betul )
Apa-apa pun semua yang di atas ni cuma perkongsian saja..tidak kira la lelaki atau wanita dalam berbicara perlulah menjaga setiap tutur kata , jangan sampai menyakitkan hati atau menyinggung perasaan orang lain...biasa la rambut sama hitam hati lain - lain kan.kadang2 ada juga yang kasi dye rambutnya tu..itu memang kompom lain sudah tu :p
Assalamulaikum...

Monday, February 14, 2011

beraKhirnya Era the Phenomenon

LegenDa braziL , Ronaldo telah mengumumkan untuk menggantung butnya pada usia 34 tahun.Ronaldo atau Ronaldo Luiz Nazario de Lima yang dianggap salah satu penyerang terhebat pernah beraksi di dunia ini berkata tubuhnya tidak lagi larat untuk bermain bola sepak.

Ronaldo yang pernah memperagakan bakatnya di kelab Eropah seperti PSV Eindhoven , Barcelona , Inter Milan , Real Madrid dan Ac Milan juga merupakan pemenang 3 kali pemain terbaik dunia serta pemegang rekod sebagai penjaring terbanyak Piala Dunia ( 15 gol )

Walaupun dunia Bola Sepak bersedih dengan mendengar pengumuman daripada Ronaldo aka The Phenomenon,beliau telah meninggalkan dunia bola sepak dengan kenangan yang sangat banyak dan dia akan tetap dikenang sebagai antara penyerang yang terhebat.

Personal information
Full name Ronaldo Luis Nazário de Lima
Date of birth 18 September 1976 (age 34)
Place of birth Rio de Janeiro, Brazil
Height 1.83 m (6 ft 0 in)
Playing position Striker
Youth career
1986–1989 Tennis Club Valqueire
1989–1990 Social Ramos Club
1990–1993 São Cristóvão
Senior career*
Years Team Apps (Gls)
1993 Cruzeiro 14 (12)
1994–1996 PSV 46 (42)
1996–1997 Barcelona 37 (34)
1997–2002 Inter Milan 68 (49)
2002–2007 Real Madrid 127 (83)
2007–2008 AC Milan 20 (9)
2009–2011 Corinthians 31 (18)
National team
1994–2006 Brazil 97 (62)

Saturday, February 12, 2011

presTasi hanYalah sementaRa , keLas adalah kekal

Wayne Rooney membuktikan pepatah lama yang prestasi semasa bersifat sementara dan kelas adalah kekal apabila gol menerusi tendangan bicycle kick telah memberikan Manchester United kemenangan mutlak dalam perlawanan setempat ( derby ) sekaligus membuatkan jiran mereka yang bising ( man city la ) terus kempunan untuk mengatasi jiran mereka yang hebat ( man utd la :p )
Apabila ditemubual selepas menjaringkan gol yang sensasi itu , Wazza mengakui bahawa gol tersebut adalah gol terbaik bagi dirinya setakat ini...

Sunday, February 6, 2011

cuTi dah abis , kerJa berlambaK menanTi....

saLam ,
terlebih dahuLu aKu naK geLakkaN Fans Chelsea sebab semaLam kaLah denGan LiverPooL Hahaha ( soRi La boB :p , saPa perLukan Torres kaLau aDa raUl meireLes Kakaka
aKu ni buKan aPa bangUn pagi2 ni sebab mau reaDy masuk ke sekoLah nun jauH di Sana...
so sekarang cuTi Dah abis , bermuLa la kesibukan sebagai seorang pendidik..kompom lepas cuti ni akan banyak aktivitas2 yang padat akan menyerang minda dan tenaga aku..so kena sedia la dari mental dan fizikal..insyaAllah boleh punYa La...
so jumPa lagi , jaga makan , jaga solaT dan jaga iman.....
saLam
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Cipta Terpelihara Muhazir(c)