Total Pageviews

Friday, February 25, 2011

7 gosip cara lelaki

GOSIP????asal sebut saja pasal gosip pasti wanita yang akan dikaitkan dengan perkataan ni..biasa la kalau persepsi umum selalu mengatakan apabila aweks - aweks atau cewek-cewek sudah berkumpul ramai2 mesti ada saja cerita yang di kongsi bersama termasuklah bab2 yang boleh dikategorikan sebagai mengumpat...
Tapi itu dulu der , sekarang ni lelaki pun tidak ketinggalan juga dilabel si mulut jahat tau...iya la lelaki pun suka juga bercakap pasal orang lain , kadang2 sampai tahap mengata pun ada ( betul kan :p )..tapi cara dan pendekatan bergosip tu berbeza la juga berbanding dengan cewek-cewek ni...tp gosip tetap gosip malah kalau lelaki ni lagi pedas dan menyakitkan hati kalau bergosip , besa la lelaki ni kadang2 macam bergurau tapi menusuk di hati juga kata-katanya tu ( macam berpengalaman saja )
so di bawah ni dikongsikan la 7 cara bergosip bagi lelaki , ini sekadar perkongsian saja tau..betul atau tidak sama2 la kita fikirkan....

7 gosip cara lelaki:
  1. Ini bagi yang suka tengok bola di kedai mamak , sambil-sambil tengok bola tu mesti ada la keluar gosip2 tu , paling2 pun pasal pemain bola juga la...kadang2 orang2 yang layan bola sama pun kena gosip juga...asal tengok orang sebelah mesti ada la slacknya tu...jadi juga gosip nya...kompom kena kutuk berabis mamat tu..kesian :(
  2. Bagi golongan pekerja pun ada juga skil gosipnya tau....ini pun kalau lelaki punya skil gosip mesti pasal keadaan tempat kerja atau pejabat...meja buruk la , kerusi reput la macam2 lagi...kadang bos pun kena tempiasnya tau...kesian si bos , kaw2 kena gosip...jangan ja putus lidah si bos.
  3. Bagi yang berkapel , lelaki selalu akan bercakap banyak perkara kepada awek nya tu..iya la kan,kalau sudah ada trust dengan cewek tu..semua benda mau cerita sama ceweknya...kalah2 ceweknya plak kalau lelaki ni bergosip..kadang2 kalau ceweknya bergosip atau mengadu dengan dia,boleh jadi juga gosip tu...
  4. Lelaki yang bergosip ni kadang2 sampai tercetus pergaduhan juga...apa tidaknya , cara lelaki ni kan kalau bergosip tu terlampau agresif dan kasar jadi akan menimbulkan rasa ketidakselesaan kepada orang lain atau pun orang di sekeliling...
  5. Lelaki yang bermulut jahat ni selalu dikaitkan dengan lelaki lembut( iya ka? )..Tapi tidak semua la lelaki macam tu yang mempunyai sifat mulut jahat atau laser ni..kadang2 lelaki kental pun lagi laser mulut dari golongan lelaki lembut...
  6. Kalau pekerja boleh bergosip , bos2 pun apa kurangnya...malahan golongan atasan ini pun boleh dilabelkan kuat bergosip...selalunya bahan gosip bos-bos ni mesti la pasal pesaing syarikat dan juga pekerja-pekerja juga..
  7. Ini pula kalau sudah beliau-beliau punya gosip , kalau sudah berkumpul di kedai kopi tu mesti bab-bab politik la yang akan jadi isunya tu..selain bab-bab politik , hal ehwal anak-anak la , keadaan hidup sekarang dan kadang2 mau fikir pula tambah cawangan( miang betul )
Apa-apa pun semua yang di atas ni cuma perkongsian saja..tidak kira la lelaki atau wanita dalam berbicara perlulah menjaga setiap tutur kata , jangan sampai menyakitkan hati atau menyinggung perasaan orang lain...biasa la rambut sama hitam hati lain - lain kan.kadang2 ada juga yang kasi dye rambutnya tu..itu memang kompom lain sudah tu :p
Assalamulaikum...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Cipta Terpelihara Muhazir(c)