Total Pageviews

Wednesday, March 16, 2011

10 legenDa manchesTer uniTeD

Top 10 Manchester United Legends

Entry kali ini , aku nak kongsi la dengan korang suma aku punya top 10 legenda manchester United FootbaLL cLub...untuk memilih 10 pemain terbaik dari kalangan yang terbaik memang sukar ooo , iya la memandangkan man uTd mmg kelab yang hebaT so kompom la player2 yang main di man uTd ni mesti yang terbaiK dr ladang kan....so msti ada yang tidak bersetuju dengan aku punya top 10 ni , iya lah ada jgk nama pemain feberet korang out of my list......jadi kita tgk la aku punya top 10 uniTeD legenD....


10. Dennis Irwin ( 1990 - 2002 ) Irwin telah menyarung jersi red devils sebanyak 529 penampilan dalam tempoh 12 tahun.beliau merupakan seorang yang berdedikasi terhadap kelab dan merupakan seorang pertahanan yang mantap.Beliau yang gemar membuat overlapping ini adalah pakar dalam set piece sebelum hadirnya david beckham dan cristianO ronaldo.

09. Cristiano ronaLdo ( 2003 - 2009 ) Pemain yang mempunyai tipu helah yang tinggi ini menggunakan kepantasannya untuk menewaskan lawan.walaupun menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri pada awal kariernya di man utD , beliau akhirnya muncul sebagai antara pemain terbaik dunia pada era ini.Bersama united beliau telah menjaringkan 118 gol daripada 292 perlawanan bersama The red deviL.Seorang lagi pakar set piece yang pernah dimiliki Man UtD.

08.Peter Schmeichel ( 1991 - 1999 )..Penjaga gol yang diberikan gelaran The Great Dane ini adalah PART yang terpenting ketika man uTd mendominasi liga Inggeris pada 1990 an.Beliau ibarat komander yang tangkas ketika mengawasi kubu pertahanan man utd bahkan beliau hampir tidak dapat ditembusi apabila berhadapan dengan penyerang lawan dalam situasi satu lawan satu.beliau mengakhiri kerjaya gemilangnya bersama uniTed dengan gah sekali ketika musim Treble.

07.Eric Cantona ( 1992 - 1997 ) King Eric hanya bermain untuk the reD Devils selama 5 tahun dan bersara pada usia 31 tahun.Namun beliau meninggalkan kesan yang amat besar kepada kelab tersohor ini.The KING ini telah terpilih sebagai terbaik terbaik abad ini pada tahun 2001.Walaupun setelah 13 tahun beliau menggantung butnya , penyokong the red devils masih lagi melaungkan namanya di old trafford.

06.PauL ScHoles ( 1994 - kini ) Scholes merupakan pemain midField yang lengkap pernah dimiliki oleh man uTd.beliau mempunyai skil yang tinggi , rembatan yang deras serta penyudah yang tajam.Malahan beliau juga sangat dikagumi oleh ZinidiNe Zidane , Xabi Alonso dan Xavi.dia telah membuat penampilan sebanyak lebih daripada 600 kali untuk uniTed dan berada di tangga keempat dalam senarai penampilan yang paling banyak untu kelab.Walaupun telah menjangkau usia 36 tahun , beliau masih mampu beraksi dengan baik untuk kelab.

05. Dennis Law ( 1962 - 1973 ) Law merupakan pemegang pelbagai rekod di Man uTd...beliau ialah penjaring kedua terbanyak sepanjang zaman untuk United , beliau juga telah menjaring 46 gol dalam semusim dan beliau merupakan satu-satunya Scottish yang memenangi pemain terbaik Eropah.Beliau juga masih memegang rekod sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk ScotlanD.

04.Sir BobbY Charlton ( 1956 - 1973 ) Charlton merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk the red deviL sebanyak 259 gol.kelibat beliau ketika perlawanan akhir piala eropah pada tahun 1968 telah membantu man utd memenanginya buat kali pertama.Beliau juga pernah dinobatkan sebagai pemain terbaik eropah.Pemain yang tangkas dan mantap serta mempunyai tendangan yang deras bak peluru.

03.Roy Keane ( 1993 - 2005 ) Pemain yang konroversi dan panas baran tetapi merupakan kapten yang diperlukan dalam mana-mana pasukan.Di luar dan di dalam padang , beliau tidak meminta apa2 dari rakan sepasukannya melainkan semangat serta keazaman untuk memenangi perlawanan.Saat terbaiknya bersama Man Utd adalah ketika separuh akhir liga juara-juara ketika menentang Juventus di Turin , meskipun ketinggalan 2-0 , beliau telah memimpin man utd kembali bersaing bahkan menjaringkan satu gol dalam perlawanan tersebut , biarpun beliau terpaksa mendapat kad kuning kedua yang mengenepikan beliau untuk beraksi di perlawanan akhir sekiranya mereka berjaya.

02.George Best ( 1963 - 1974) Pele pernah mengatakan Best merupakan pemain terbaik dunia yang pernah ada.Sememangnya tidak dinafikan lagi kehebatan pemain yang berasal dari Ireland utara ini.Best juga merupakan pemain bola sepak pertama yang digelar sebagai simbol seks dan dengan mudahnya menjadi pemain terbaik pada generasinya.Beliau juga telah menjaringkan gol ketika kemenangan pertama united pada final liga juara 1968 dan pada tahun itu juga beliau telah dipilih sebagai pemain terbaik Eropah.

01.Ryan Giggs ( 1991 - kini ) Giggs merupakan pemegang rekod penampilan yang paling banyak untuk The Red devils , beliau telah memenangi kesemua piala yang diperlukan oleh setiap pemain kecuali world cup dan piala eropah.Beliau telah berumur 37 tahun namun seprti tidak akan berhenti pada angka tersebut.Beliau juga merupakan satu-satu pemain yang sentiasa menjaringkan gol pada setiap musim Liga perdana.Pada usia 37 tahun , beliau telah bertukar dari pemain sayap yang lincah kepada playmaker dan beliau masih melakukannya dengan mudah.Seorang legenda hiduP , seorang profesional yang hebat dan tidak pernah kelihatan beliau menyumpah seranah di muka pengadil dan berpeleseran di kelab malam sebelum perlawanan.sememangnya seorang profesional yang hebat dan LEGENDA HIDUP.


GLORY GLORY MAN UNITED..............

1 comment:

  1. ba lau...follow dulu blog ani
    http://sedutmoviebaru.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Cipta Terpelihara Muhazir(c)