Total Pageviews

Thursday, March 17, 2011

7 QaDaK dan QadaR Tuhan Yang KiTa Tak Boleh ubaH


Terima dirimu seadanya , seperti Tuhan menerimamu ,
Sememangnya dunia melihat rupa , Tetapi Tuhan melihat hatimu
Kita hendaklah menerima apa yang telah diberikan Tuhan
kerana itulah dia qadak dan qadar

01. Jenis kelamin
- Sesungguhnya manusia sekarang suka membuat operasi mengubah alat kelamin mereka , namun begitu mereka tidak boleh mengubah roh ( spirit ) mereka.Oleh itu terimalah dirimu tidak kira kamu lelaki atau perempuan.

02. Ibu baPa
- Tidak ada manusia yang boleh memilih ibu bapa yang mereka boleh memilihnya sendiri....Apalah orang tuamu itu kerani , pemabuk , pengemis waima pembunuh sekalipun , you must respect them!!!!!!!!!tidak kira baik atau buruk mereka tetap ibu bapa mu , yang membawamu ke alam ini....

03. Hari kelahiran
- Sudah ditetapkan oleh Tuhan sebelum dunia diciptakan...kelakar atau ajaib???tetapi memang benar...Jangan menyesal sekiranya engkau dilahirkan tapi dipersia-siakan oleh orang yang engkau kasihi kerana Tuhan telah merancang sesuatu untukmu...

04. Fizikal
- Seandainya engkau berambut kerinting , hidungmu tak mancung maka terimalah keadaan itu..Apakah kamu tidak melihat kepada orang yang mengubah bentuk hidungnya , bentuk wajahnya menjadi lebih buruk dan tidak asli...

05. Masa lampau
- Ingatlah bahawa ini juga telah ditentukan Allah , janganlah sekali-kali melihat ke belakang lagi..kerana jika kita berbuat demikian , ianya akan membuat kita terpaku dan tidak dapat berbuat apa-apa.Maka pandanglah ke hadapan baru ada kemajuan.

06. Kedudukan Dalam Keluarga
- Apakah kamu anak yang sulung , tengah atau bongsu?Bolehkah kamu mengubahnya?pasti jawapannya tidak bukan...so nikmatilah kehidupan anda itu...

07. Suku bangsa / keturunan
- Adakah anda menyesal menjadi bangsa yang sentiasa dihina atau dicerca?Adakah kamu mahu menjadi orang yang berketurunan dipandang mulia..Oleh itu , berusahalah atas apa yang anda usahakan dan janganlah khianat serta bantulah bangsamu sendiri agar dipandang tinggi dan mulia.

berpesan-pesan demi kebaikan umat sejagat

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Hak Cipta Terpelihara Muhazir(c)